Monday, July 24, 2017

INSPIRASI SATU : SABAR & JANGAN CEPAT PUTUS ASA


last open house syawal aritu . pegi rumah kawan mama. kira isteri dia dulu pernah kerja dengan mama sebelum isterinya berniaga sendiri.

jual makanan dari rumah. kira amik order masakan panas. 
biar cik yan bagi dorang nama ye

suami : Pakcik A
isteri : MakCik E

pak cik A cakap mak kau ni la yang paling cekal n tabah sekali meniaga
walaupun kadang-kadang dia tengok langau. langau tengok dia
sampai waktu. p surau terus

langau sini maksudnye kedai takde orang la ye..
kebetulan kedai memang dekat je dengan surau... 

pakcik A cakap. kalau aku.. tak sanggup dah. mahu aku lingkup segala meja dekat kedai tu
udah la sunyi.. bole pula lagi bayar gaji makcik E kau ni.
tak pernah miss pula tu

memang aku tak nafikan.. bila aku tengok dan duduk sekali.. kadang2 aku pun nak giveup juga la
kadang nak masuk sorang pun susah.. ape tah lagi nak penuh..

tapi mama selalu cakap... ada je rezeki..kadang bukan melalui situ..benda lain pun bole jadi rezeki

ape je yang kita hadapi semua adalah ujian

yang penting hati mahu SABAR 

JANGAN CEPAT PUTUS ASA

nak bisness nak kena ada HATI KERING... ni cik yan akan cerita next...

No comments: